Kajian Video – APAKAH BOLEH HIBAH ITU DIMINTA KEMBALI??? – Ust. Abu Abdirrahman Al-Hajjamy, LC. MA.

Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah

Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad).

Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha. seperti berikut:

i. Menurut pendapat Mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).

ii. Menurut pendapat Mazhab Syafii, Hanbali dan sebahagian fuqaha Mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarikbalik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

iii. Menurut pendapat Imam Ahmad dan Mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Secara umumnya, para fuqaha. bersetuju tentang keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara reda-meredai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim.

Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi. Begitu juga keadaannya hibah tidak boleh ditarikbalik atau dibatalkan sekiranya harta tersebut telahpun berubah nilainya akibat penambaikan atau pembangunan dilakukan keatas harta itu seperti semasa dihibahkan harta itu adalah tanah kosong tetapi apabila hendak diambil balik ianya telah didirikan sebuah banglo diatasnya.

 

 

Be the first to comment on "Kajian Video – APAKAH BOLEH HIBAH ITU DIMINTA KEMBALI??? – Ust. Abu Abdirrahman Al-Hajjamy, LC. MA."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*